KELUARGA MALU BESAR
Berita Jenayah
KELUARGA MALU BESAR
Ipoh: Polis menyiasat rakaman klip video memaparkan perlakuan tidak senonoh dua pelajar sekolah menengah di rumah ketika berpakaian seragam yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, satu laporan polis diterima berhubung perkara itu pada jam 7 malam semalam.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 22 September jam kira-kira 6.30 pagi di mana pelajar perempuan berusia 13 tahun berkenaan mengajak teman lelakinya berusia 17 tahun yang juga pelajar sekolah masuk ke rumah dan membuat satu rakaman klip video berdurasi 1 minit 9 saat memaparkan mereka melakukan perbuatan tidak senonoh ketika berpakaian seragam.
“Rakaman terbabit dipercayai dibuat oleh kedua-dua pelajar berkenaan tanpa membabitkan orang ketiga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hasron Nazri berkata, hasil siasatan lanjut mendapati pelajar perempuan itu berkongsi rakaman klip video dengan beberapa rakan sekelas melalui aplikasi Whatsapp.
“Akibat daripada itu, klip video berkenaan menjadi tular di media sosial dan dalam kalangan pelajar sekolah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 dan Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 serta Seksyen 377B Kanun Keseksaan,” katanya.
Beliau berkata, susulan itu satu tangkapan di lakukan ke atas seorang remaja pada jam 11.30 malam untuk siasatan lanjut berkaitan kes ini.
“Ekoran daripada klip video yang tular, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak memiliki, menyebar atau berkongsi klip video berkenaan.
“Ini kerana tindakan ini adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 8 AKKSTKK 2017 yang mana sekiranya terdapat dan terbukti berlakunya penyebaran mereka boleh disiasat dan dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima belas tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan,” katanya.
Sumber – Harian Metro