COOPSTAY ANGKASA JANA PENDAPATAN
COOPSTAY ANGKASA JANA PENDAPATAN
LIPIS – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) mahu lebih ramai pengusaha inap desa menyertai rangkaian Coopstay ANGKASA yang akan memberi peluang kepada mereka menjana pendapatan memandangkan sektor pelancongan telah dibuka semula dalam tempoh pandemik Covid-19.
Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, setakat ini hanya 42 koperasi yang menyertai jaringan Coopstay.
Mereka merupakan pengusaha inap desa yang mempunyai koperasi dan berdaftar di bawah kementerian pelancongan, seni dan budaya malaysia (MOTAC).
Beliau percaya, jumlah itu akan meningkat memandangkan pelancongan inap desa sentiasa mendapat sambutan pelancong tempatan dan antarabangsa.
Katanya, telah tiba masanya koperasi mula bergerak aktif menghidupkan semula sektor inap desa dengan strategi pemasaran yang baharu khususnya melibatkan platform digital yang sesuai dengan keadaan semasa.
disamping itu juga angkasa berharap mereka bukan sahaja menghidupkan semula, mengaktifkan semula aktiviti perniagaan homestay ini tetapi telah perlulah ubah suai produk koperasi ini sesuai dengan keadaan semasa sekrang ni kita alam pandemik menyebabkan norma baharu yang diamalkan oleh kita semua.
Bagaimanapun, beliau menyeru koperasi yang terlibat dalam sektor inap desa perlu mempelbagaikan strategi dan produk yang sesuai dengan keadaan semasa yang berubah akibat penularan wabak covid-19.
Ia kerana pelancong tempatan kini lebih tertumpu kepada pelancongan dalam negeri dan secara tidak langsung merancakkan pelancongan inap desa.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Kursus Coop Tourism: Jom Bisnes Homestay di Kuala Medang, di sini. – SAHIH