MAMPAN TERUS TINGKAT PENCAPAIAN KEPIMPINAN
MAMPAN TERUS TINGKAT PENCAPAIAN KEPIMPINAN
KUANTAN: Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) diingatkan terus meningkatkan pencapaian dan berdikari dalam berdepan zaman mencabar di samping memperkukuhkan tahap kepimpinan dan ketrampilan untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, MAMPAN dikehendaki memperbanyakan aktiviti dengan memperhebatkan jalinan dan kerjasama serta perhubungan dalam semua bidang antara mahasiswa.
“Hubungan dengan gabungan mahasiswa anak negeri Pahang yang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seluruh negara sebagai pemangkin dalam latihan kepimpinan untuk menjadi pelapis masa depan.
“MAMPAN telah diwujudkan pada 6 November 1999, oleh itu terus menerus menjalankan aktiviti berfaedah untuk semua mahasiswa negeri ini dan sering bertukar pengalaman dan kemahiran sesama sendiri melalui program yang dirancang,” katanya melalui FB beliau.
Beliau berkata demikian di Majlis Apresiasi Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) 2021 di Dewan MB, Jalan Teluk Sisek, Kuantan.
“Saya sentiasa mendoakan agar MAMPAN mencapai kejayaan pada masa akan datang dan dapat mengharumkan nama baik keluarga dan Negeri Pahang,” katanya.