60 PENGERUSI JKKK, JKKR TERIMA SUMBANGAN KERAJAAN PAHANG
60 PENGERUSI JKKK, JKKR TERIMA SUMBANGAN KERAJAAN PAHANG
JERANTUT: Seramai 58 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung dan dua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Rancangan menerima sumbangan kerajaan negeri, hari ini.
Penyampaian sumbangan itu dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Nazri Ngah mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
GAMBAR IHSAN PEMBACA
“Sumbangan ini adalah sebagai tanda terima kasih kerajaan Pahang kepada semua Pengerusi JKKK dan JKKR atas usaha mereka dalam membantu meringankan bebanan penduduk di kawasan masing-masing,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.
Setiap Pengerusi JKKK dan JKKR menerima RM1,000 sebagai tanda penghargaan kerajaan Pahang kerana berjaya menguruskan proses pemindahan banjir dan bantuan kepada penduduk sepanjang musim tengkujuh awal tahun ini.
GAMBAR IHSAN PEMBACA
Turut hadir dalam majlis itu ialah ahli dewan undangan negeri (ADUN) Damak, Zuridan Mohd Daud dan ADUN Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin dan wakil Pejabat Daerah Jerantut En Afiq bin Radzuan.- SAHIH