YAYASAN TUNKU NAJIHAH SUMBANG ALAT TULIS
YAYASAN TUNKU NAJIHAH SUMBANG ALAT TULIS
TEMERLOH: Seramai 2,783 murid tahun satu di daerah Temerloh menerima sumbangan alat tulis dari Yayasan Tunku Najihah, di sini, hari ini.
Majlis penyerahan sumbangan itu disampaikan ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tunku Najihah, Tengku Aslahuddin Tengku Azlan di pejabat pendidikan daerah (PPD) Temerloh.
Turut hadir pada majlis itu Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh, Wan Abdul Hamid Wan Mohammad.
Sumbangan itu adalah sebahagian inisiatif Yayasan Tunku Najihah bagi meringankan beban ditanggung keluarga yang kurang berkemampuan.
Proses pengagihan bantuan alat kelengkapan sekolah itu akan dilakukan dengan kerjasama PPD Temerloh, pihak sekolah dan wakil persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) di sekolah yang sudah dikenal pasti.
GAMBAR IHSAN YAYASAN TUNKU NAJIHAH
Tengku Aslahuddin turut meluangkan masa mengunjungi tiga sekolah rendah bagi menyampaikan sendiri sumbangan itu kepada pelajar sekolah berkenaan.- SAHIH