POLIS SEDIA BANTU JAIS CARI SAJAT
POLIS SEDIA BANTU JAIS CARI SAJAT
SHAH ALAM: Polis Selangor sedia bekerjasama dan membantu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi menyatakan kesediaan membantu JAIS mengesan Nur Sajat yang menghilangkan diri, baru-baru ini.
“Polis sentiasa bersedia untuk membantu (JAIS mengesan Nur Sajat),” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Pengarah JAIS, Datuk Shahzihan Ahmad ketika dihubungi memberitahu JAIS dan Polis Selangor sentiasa bekerjasama bukan sahaja dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah, sebaliknya dalam semua perkara.
“JAIS akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menguatkuasakan segala undang-undang termasuk berkaitan kes terbabit,” katanya.
Pada 23 Februari lalu, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.
Sumber memberitahu, Nur Sajat dipercayai bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah.
Nur Sajat dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di tempat lain bagi mengelak dikesan JAIS, lapor BH Online.
Menurut sumber lain, penguat kuasa kini berusaha menjejaki Nur Sajat dan tidak menolak kemungkinan dia masih berada di kawasan Lembah Klang.