DITAHAN KERANA SALAH GUNA WANG TABUNG PEKERJA
DITAHAN KERANA SALAH GUNA WANG TABUNG PEKERJA
KOTA KINABALU: Seorang pengurus ladang di Sandakan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki menyalahgunakan wang tabung pekerja ladang sebanyak RM20,000.
Suspek yang disyaki melakukan kesalahan pada 2018 ditahan di pejabat SPRM Sandakan, jam 9 pagi tadi.
Sumber berkata, wang berkenaan dikeluarkan oleh suspek menerusi enam keping cek di sebuah bank.
Sementara itu, pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata suspek disiasat mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan, lapor BH Online.
Katanya, suspek kini dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM5,000 bersama seorang penjamin.
“Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan esok,” katanya.