KERAJAAN NEGERI DAN KPT JALIN KERJASAMA STRATEGIK
KERAJAAN NEGERI DAN KPT JALIN KERJASAMA STRATEGIK
KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang akan bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan memperkenalkan dua program untuk membantu siswazah yang telah tamat pengajian dan yang terkesan dengan langkah ketat bagi membendung penularan wabak pandemik Covid-19.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, KPT menyediakan peruntuk RM2.64 juta yang bakal dimanfaatkan oleh 500 siswazah melalui program Jobs@State dan Gradpreneur@State bagi membantu mereka.
“Pada hari ini saya menerima kunjung hormat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad bersama delegasi di Wisma Sri Pahang.
“Banyak perkara dibincangkan pada kunjungan ini antaranya mengenai kerjasama strategik KPT dengan Kerajaan Negeri,” katanya melalui hantaran di Facebook beliau.
Katanya, ramai graduan yang tamat pengajian terkesan dengan tiada pekerjaan di samping dengan perlakukan pandemik Covid-19 dan ramai yang turut diberhentikan kerja.
“Saya berterima kasih atas kunjungan menteri KPT untuk terus memartabatkan mahasiswa demi masa hadapan mereka dan bangsa,” katanya.