ELAK COVID-19 ORANG UTAN DILEPASKAN KE HABITAT ASAL
ELAK COVID-19 ORANG UTAN DILEPASKAN KE HABITAT ASAL
JAKARTA: Borneo Orangutan Survival Foundation (BOSF) menghantar pulang 10 ekor orang utan ke habitat asalnya di kepulauan Borneo, setahun selepas bimbang haiwan itu dijangkiti COVID-19.
Haiwan terbabit dihantar menggunakan helikopter bagi mengelak terdedah dengan jangkitan virus itu jika dihantar melalui jalan darat atau laut.
Orang utan memiliki persamaan kira-kira 97 peratus DNA dengan manusia.
Ketua Eksekutif BOSF, Jamartin Shite, berkata pandemik yang menjadi ancaman ketika ini menyukarkan usaha melindungi haiwan berkenaan.
GAMBAR IHSAN AFP
“Sepanjang tahun kita tidak boleh membebaskan haiwan terbabit ke habitat asalnya kerana bimbang dengan penularan wabak ini.
“Kami melaksanakan protokol kesihatan yang ketat serta pelan mitigasi jika orang utan ini dijangkiti COVID-19.
“Penggunaan helikopter berupaya mengurangkan risiko penularan COVID-19, katanya, lapor AFP.
Haiwan terbabit disuntik dengan ubat penenang sebelum penerbangan serta ditempatkan dalam kurungan khas.
Sebaik helikopter mendarat, haiwan berkenaan dibawa menaiki bot dan dihantar ke Hutan Perlindungan Bukit Batikap di tengah Kalimantan.
Beberapa orang utan turut dilepaskan di hutan lain di timur Kalimantan.