BENTONG BAKAL JADI BANDARAYA KEDUA PAHANG
BENTONG BAKAL JADI BANDARAYA KEDUA PAHANG
MARAN : Daerah Bentong bakal menjadi sebuah sebuah bandaraya kedua dalam negeri Pahang selepas daerah Kuantan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, dari segi pendapatan Majlis Perbandaran Bentong telah mencapai lebih RM20 juta, tetapi penduduknya belum mencapai 500 ribu orang.
Namun, kementerian itu memberi kelonggaran dari segi jumlah penduduk dan melihat kepada pembangunan yang pesat, sedia ada di daerah itu.
Katanya, kerajaan negeri perlu mengangkat perkara tersebut dalam mesyuarat MKKN untuk dibawa ke kerajaan pusat di peringkat kabinet.
GAMBAR IHSAN PEJABAT AHLI PARLIMEN MARAN
Menurutnya, sasaran Bentong bermula cuma proses pentadbiran dan perlu diangkat kerajaan negeri kepada kerajaan pusat itu.
“Mungkin tahun ini dalam bulan 6 boleh diluluskan,” katanya.
Sementara itu, Majlis Daerah Pekan juga akan dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran Pekan dan perlu melalui proses sama.
Beliau juga menjelaskan, Majlis Daerah di pusat pelancongan seperti Cameron Highlands, Pulau Tioman, Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor juga boleh diangkat sebagai Majlis Perbandaran berdasarkan jumlah pelancong iaitu mencapai 500 ribu orang.
Beliau berkata demikian selepas lawatannya ke daerah Maran.
Beliau telah menyuntik RM7 juta kepada Majlis Daerah Maran memandangkan ia merupakan PBT kedua termiskin selepas daerah Bera dalam Pahang.
Jelas beliau, ingin pastikan Maran walaupun aktiviti kecil tapi bermula dengan betul dengan memastikan bahawa sampah dalam kawasan ini diuruskan dengan baik.
“Sebanyak RM5 juta disuntik bagi membina gerai-gerai jualan untuk peniaga tempatan sekaligus menjana ekonomi daerah Maran.
“Manakala RM1 juta bagi memperbaiki dewan dan longkang yang rosak akibat banjir baru-baru ini, serta menaiktaraf kawasan pelancongan.
“Untuk program pelupusan sisa pepejal pula, kita peruntukan RM1 juta, terutamanya melalui program Thrash to Cash,” katanya.
GAMBAR IHSAN PEJABAT AHLI PARLIMEN MARAN
Kementerian itu mensasarkan Majlis Daerah Maran bakal dinaiktaraf sebagai Majlis Bandaraya pada tahun 2022 selepas memenuhi semua aspek, termasuk pengurusan sisa pepejal di kalangan penduduk.