40 PENGHUNI DARUL IZZAH DIKUARANTIN
40 PENGHUNI DARUL IZZAH DIKUARANTIN
TEMERLOH: Seramai 40 orang penghuni Pondok Darul Izzah, Temerloh disahkan positif dan telah menjalani kuarantin di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Hospital Jengka, Hospital Kuantan dan dirumah, sejak awal bulan Februari, baru-baru ini.
Menurut seorang penghuni pondok tersebut melalui rakaman audio, semua 40 orang penghuni pondok tersebut telah disaring dan diuji dan disahkan positif Covid-19 sebelum itu.
“Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menjejaki kontak rapat yang bertemu kami (penghuni) dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.
“Doakan semua kontak kami tidak mendapat gejala tersebut termasuk anak, cucu, saudara-mara dan sahabat handai, doakan kami semua segera sembuh,” katanya.
Katanya, semua kenalan yang pernah bertemu mereka segera mendapatkan ujian saringan untuk memutuskan rantaian gejala wabak tersebut.