TAK PATUT BAWA SENJATA MASUK TOKONG
TAK PATUT BAWA SENJATA MASUK TOKONG
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Lee Chin Chen mempersoalkan tindakan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa senjata semasa menjalankan operasi pemantauan dalam tokong Cina adalah keterlaluan, biadap dan tidak sensitif.
ADUN DAP itu dalam satu kenyataan menerusi portal berita The Rocket mengutuk tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggunakan polis dan tentera untuk memeriksa tokong sambil membawa senjata api.
Beliau berkata tindakan tersebut melampau dalam penguatkuasaan undang-undang dan tidak menjaga sensitiviti agama.
Lee Chin Chen yang juga Setiausaha DAP Pahang turut mempersoalkan adakah layanan sama rata diberikan kepada semua agama oleh anggota polis dan tentera semasa memeriksa rumah ibadat lain.
Menurutnya, anggota polis dan tentera kehadiran pasukan keselamatan di tokong membawa senjata api secara tidak langsung menganggu para penganut menjalankan kegiatan keagamaan, lapor airtimes. my.
Tambahnya, kejadian ini menggambarkan kerajaan PN menjalankan politik diktator dengan mengarahkan pihak polis dan tentera memeriksa rumah ibadat.
GAMBAR IHSAN THE ROCKET
“Kerajaan dengan sewenang-wenangnya menghantar pasukan tentera ke kota untuk menunjukkan kekuatan kepada orang awam,
“Kerajaan PN telah membenarkan pembukaan tempat ibadat dengan bersyarat, tetapi ianya turut membenarkan polis dan tentera memasuki tokong dengan senjata.
“Saya percaya ramai pihak akan menutup rumah ibadat dan laksana aktiviti keagamaan secara online,” ujarnya.
Chin Chen turut mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador untuk membuat permohonan maaf kepada masyarakat serta mengubah prosedur standard operasi (SOP) pemeriksaan.
“Bukannya enggan memberikan kerjasama, tetapi para penganut mempunyai pantang larang yang sendiri.
“Menghormati kepercayaan orang lain adalah satu perkara mustahak dalam memupuk perpaduan masyarakat berbilang kaum.
“Daripada membuang masa, polis sepatutnya memohon maaf dan buat penambahbaikan SOP pemeriksaan selain berbincang dengan pihak pengurusan semua rumah ibadah supaya insiden seperti ini tidak berulang, ” katanya.