PEMENANG PINGAT PERAK OLIMPIK TOKAN DADAH
PEMENANG PINGAT PERAK OLIMPIK TOKAN DADAH
SYDNEY: Bekas perenang Sukan Olimpik yang memenangi pingat perak untuk negaranya, Australia ditahan hari ini, dan didakwa menjalankan sindiket pengedaran dadah ice.
Perkara itu disahkan pihak polis, lapor AFP.
Scott Miller, 45, dan seorang rakannya diberkas dalam serbuan oleh pihak polis dekat pinggir bandar di Sydney.
Mereka didakwa membekalkan methamphetamine atau dikenali ice bernilai sekitar AU$2 juta (RM6.28 juta) yang disembunyi dalam lilin.
Polis turut merampas satu kilogram heroin, dadah lain dan wang tunai dalam serbuan sama.
Seorang jurucakap mengesyaki Miller adalah ketua sindiket jenayah yang menjual ice di seluruh New South Wales.
Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan dan dijangka dakwaan lain akan menyusul.
Miller merangkul pingat perak dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu pada Sukan Olimpik Atlanta 1996 dan juga pernah memenangi pingat gangsa dalam acara renang 4×100 meter.