PENGARAH AGENSI KERAJAAN GILA SEKS DITAHAN
PENGARAH AGENSI KERAJAAN GILA SEKS DITAHAN
KUALA LUMPUR: Pengarah sebuah agensi kerajaan di Selangor ditahan selepas didakwa mencabul kakitangan wanita di Pelabuhan Klang Selatan, Klang pada Selasa lalu.
Difahamkan, lelaki berusia 35 tahun berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan sebelum ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, kira-kira 9 pagi tadi.
Terdahulu, kejadian dipercayai berlaku pada 2 pagi ketika mangsa berusia 29 tahun berada di pejabat selepas selesai urusan kerja sebelum suspek bertindak mengamuk sambil berbaring dan mengarahkannya membuat minuman.
GAMBAR HIASAN
Sumber berkata, lelaki itu kemudian meminta mangsa mengangkat sumpah dengan al-Quran supaya tidak melaporkan apa-apa aktiviti dan perilaku buruk atau jenayah yang dilakukan olehnya, lapor Harian Metro.
Menurutnya, suspek turut mendakwa akan menukarkan jawatan wanita itu menyebabkan mangsa ketakutan.
“Dalam kejadian itu, suspek dipercayai meminta mangsa membuka tudung dan memicit tangannya atas alasan ia adalah arahan rasmi.
“Mangsa turut disuruh memicit badan lelaki terbabit sebelum mengarahkan wanita berkenaan menanggalkan pakaian dan melayannya sehingga puas,” katanya.
Sumber berkata, mangsa enggan dan menolak secara baik, namun ditampar oleh suspek di bahagian muka sehingga terjatuh.
“Suspek juga meminta mangsa melakukan seks oral menyebabkan wanita itu menjerit dan ditampar sekali lagi.
“Malah, suspek turut merekod perbuatan itu menggunakan telefon bimbitnya dan meminta mangsa supaya berdiam diri mengugut akan dikenakan tindakan tatatertib jika melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa,” katanya.
GAMBAR HIASAN
Katanya, mangsa kemudian tampil membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Pandamaran untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.