WARGA EMAS DITEMUI MATI DALAM RUMAH
WARGA EMAS DITEMUI MATI DALAM RUMAH
TEMERLOH: Seorang warga emas lelaki yang tinggal berseorangan ditemui tidak sedarkan diri terbaring di katil di rumahnya di Taman Perindu, Temerloh, pada jam 4.00 petang, kelmarin.
Anak mangsa, berkata, bapanya berusia 67 tahun, seorang pesara kerajaan tidak menjawab panggilan telefonnya setelah beberapa kali panggilan ke telefon bapanya tetapi tidak berjawab.
“Ketika di rumah mangsa, pintu gril bertutup dan berkunci, saya memanggil dan berteriak beberapa kali dan juga mengetuk pintu rumah agar bapa saya tersedar.
“Oleh kerana tidak berjawab saya membuat panggil telefon ke pihak bomba untuk bantuan membuka pintu,”katanya.
Anak mengsa berkata, ayahnya ada penyakit sawan, darah tinggi dan kolestrol tinggi dan tinggal seorang diri di rumah itu sejak kematian ibunya, anak mangsa datang setiap hari menziarahi mangsa di rumah tersebut.
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Bukit Angin bergegas ke tempat kejadian dan membuka pintu gril dengan mengguna gergaji berantai dan turut mengguna pengumpil untuk membuka pintu.
Pihak bomba penyelamat berkata, setelah dapat membuka pintu gril, mendapati seorang warga emas terbaring tidak sedarkan diri di katilnya dan terus menghubungi pihak polis dan ambulan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh, petugas perubatan telah mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dianggap mati mengejut.
Sementara itu seorang jiran berdekatan rumah mangsa, menyatakan mangsa ada pergi ke surau pada waktu subuh tetapi tidak datang pada waktu solat zohor.