EBOLA MUNCUL KEMBALI DI CONGO
EBOLA MUNCUL KEMBALI DI CONGO
BENI: Penyakit Ebola muncul semula di Republik Demokratik Congo.
Menteri Kesihatannya semalam berkata, pesakit baru itu, seorang wanita, meninggal dunia pada 3 Februari lalu selepas menunjukkan gejala Ebola, dua hari sebelumnya.
Wanita terbabit adalah isteri kepada seorang pesakit lelaki yang sudah sembuh daripada Ebola, lapor Agensi.
![]()
GAMBAR IHSAN AGENSI
Tiga bulan lalu, pihak berkuasa mengumumkan negara itu bebas daripada gelombang penularan Ebola yang ke-11.
Virus Ebola pertama kali dikesan pada 1976 dekat Sungai Ebola dan telah meragut nyawa ribuan orang.
Kemunculan semula penyakit itu boleh menyulitkan lagi usaha untuk memerangi virus COVID-19 yang telah menjangkiti 23,600 orang dan meragut nyawa 681 orang di negara itu.
Kempen suntikan vaksin COVID-19 di negara itu dijadualkan bermula sebelum pertengahan tahun ini.
