MENTERI BALIK DARI LUAR NEGARA PERLU PENGAWASAN
MENTERI BALIK DARI LUAR NEGARA PERLU PENGAWASAN
KUALA LUMPUR: Jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi di luar negara perlu menjalani pemerhatian selama tiga hari atau pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan kesihatan orang ramai.
Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, berkata arahan ini dikeluarkan menerusi Warta Kerajaan Persekutuan, hari ini, melalui Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021.
“Perintah ini berkuat kuasa bagi tempoh bermula 9 Februari (esok) hingga 1 Ogos 2021.
“Jemaah menteri yang kembali dari luar negara perlu menjalani pemerhatian selama tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai,” katanya dalam satu warta kerajaan yang dikeluarkan hari ini, dipetik dari BH Online.