GEMPA BUMI BERUKURAN 6.0 RICHTER LANDA FILIPINA
GEMPA BUMI BERUKURAN 6.0 RICHTER LANDA FILIPINA
MANILA: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.0 magnitud menggegarkan selatan Filipina, hari ini.
Menurut Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu melanda pada jam 12.22 tengah hari tadi, berpusat kira-kira dua kilometer dari bandar Magsaysay di Pulau Mindanao dengan kedalaman 24.6 kilometer, lapor AFP.
GAMBAR HIASAN
Pegawai pertahanan awam pula memaklumkan berlaku gegaran kuat di rantau itu, namun tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan, setakat ini.
Filipina sering dilanda gempa bumi susulan kedudukannya dalam Lingkaran Api Pasifik.