POLIS DAN DUA LELAKI BERMOTOSIKAL MAUT
POLIS DAN DUA LELAKI BERMOTOSIKAL MAUT
KOTA KINABALU: Seorang anggota polis dan dua lelaki yang menaiki motosikal terbunuh dalam kemalangan yang melibatkan trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Tuaran, petang semalam
Ketua Polis Tuaran, Mohd Hamizi Halim berkata, kemalangan itu berlaku selepas trak yang dipandu seorang askar berusia 24 tahun bertembung dengan sebuah motosikal, lapor Free Malaysia Today.
GAMBAR IHSAN FMT
Akibat pelanggaran, motosikal mangsa diseret oleh trak berkenaan ke jalan bertentangan, kemudian trak itu turut merempuh kereta yang dipandu Koperal Shamsully Adly.
“Anggota polis yang maut itu baru selesai bertugas di daerah Kota Belud dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tuaran,” kata Hamizi.