PM SEMBAH TAHNIAH ULANG TAHUN AGONG YANG KEDUA
PM SEMBAH TAHNIAH ULANG TAHUN AGONG YANG KEDUA
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili seluruh rakyat negara ini merafak sembah tahniah sempena ulang tahun kedua Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menaiki takhta, hari ini.
Perdana Menteri berkata, hari ini genap dua tahun Al-Sultan Abdullah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
“Ampun Tuanku. Hari ini 31 Januari 2021 bersamaan 18 Jamadil Akhir 1442H genap dua tahun Yang di-Pertuan Agong menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
“Patik mewakili seluruh rakyat Malaysia berdoa semoga Tuanku terus beroleh keberkatan, kemakmuran dan kesihatan yang berkekalan sebagai Payung Negara. Daulat Tuanku. Menjunjung Kasih Tuanku,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau,lapor BH ONLINE
Al-Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam bagi menggantikan Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 15 Januari tahun lalu.
Baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Januari 2020 dan melafaz sumpah serta menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2020.