NOVAVAX UJI VAKSIN COVID-19 FASA KETIGA
Berita Global
NOVAVAX UJI VAKSIN COVID-19 FASA KETIGA
WASHINGTON: Firma bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Novavax, semalam memaklumkan bahawa pihaknya bakal menjalankan ujian klinikal Fasa Ketiga yang terakhir bagi penghasilan vaksin COVID-19.
Percubaan klinikal itu bakal dijalankan di United Kingdom (UK) dengan menyasarkan pembabitan 10,000 sukarelawan berumur 18 hingga 84 tahun, dalam tempoh empat hingga enam minggu akan datang.![]()
“Dengan tahap jangkitan SARS-CoV-2 yang tinggi dan dijangka berterusan di UK, kami optimis ujian klinikal Fasa Ketiga ini akan dijalankan segera dan memberi pandangan mengenai keberkesanan NVX-CoV2373,” kata Presiden Penyelidikan dan Pembangunan syarikat itu, Gregory Glenn yang menggunakan nama teknikal bagi formulasi berkenaan.![]()
Ia adalah calon vaksin COVID-19 yang ke-11 mencapai peringkat Fasa Ketiga itu pada peringkat global.
Sumber: AFP
