PKP DI KELANTAN DAN SIBU BERMULA ESOK
PKP DI KELANTAN DAN SIBU BERMULA ESOK
KUALA LUMPUR: Perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan di Kelantan dan Sibu, Sarawak, susulan peningkatan kes Covid-19, berkuatkuasa esok.
Menteri Kanan (Pertahanan) Ismail Sabri Yaakob berkata, PKP di seluruh Kelantan akan berkuat kuasa bermula 16 Januari (esok) hingga 25 Januari.
GAMBAR HIASAN
Penguatkuasaan di Sibu pula, yang turut meliputi Selangau dan Kanowit, berkuat kuasa bermula 16 Januari (esok) hingga 29 Januari, lapor Malaysiakini.
Prosedur operasi standard (SOP) di dua kawasan itu adalah sama dengan negeri dan wilayah persekutuan yang kini dikenakan perintah itu.