KERJA PEMBERSIHAN KESAN BANJIR SUDAH DILAKUKAN
KERJA PEMBERSIHAN KESAN BANJIR SUDAH DILAKUKAN
TEMERLOH: Kerja membersihkan kesan lumpur akibat banjir awal minggu lalu, sudah mula dilakukan penduduk dan pemilik premis di pekan Mentakab, dekat sini, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Woo Chee Wan berkata, operasi pembersihan dilakukan dengan bantuan petugas dari badan bukan kerajaan (NGO) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) secara gotong-royong.
Kebanyakan pemilik premis perniagaan di pekan itu mengakui terpaksa menanggung kerugian besar berikutan kejadian banjir tahun ini agak luar biasa dan luar jangka.
“Banyak barang perniagaan yang rosak dan ada antaranya terpaksa dibuang begitu saja oleh peniaga.
Chee Wan berkata, walaupun keadaan cuaca bertambah baik, namun hujan renyai-renyai masih lagi berlaku di sekitar daerah ini.
“Kita harap keadaan bertambah baik dalam sehari dua lagi.. ada kawasan yang masih mengalami fenomena banjir termenung walaupun cuaca sudah kembali normal,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk, P Ramamoorthy memaklumkan beberapa premis perniagaan sudah mula beroperasi semalam, sebaik kerja pembersihan dilakukan pemilik premis berkenaan.
SEBAHAGIAN BARANGAN YANG ROSAK TERUK AKIBAT BANJIR DI PEKAN MENTAKAB
Katanya, bekalan barangan keperluan asas juga sudah hampir pulih berikutan laluan yang sebelum ini terputus akibat dinaiki air sudah boleh dilalui.