5 KAMPUNG TERIMA BANTUAN GUNA HELIKOPTER
5 KAMPUNG TERIMA BANTUAN GUNA HELIKOPTER
JERANTUT: Misi penghantaran bantuan banjir ke lima kampung dalam kawasan Taman Negara, di sini, selesai sepenuhnya lewat petang tadi.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud berkata, operasi itu berjaya dilaksanakan dengan bantuan helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
“Proses penghantaran bantuan dilakukan melalui empat penerbangan oleh pihak TUDM dan JBPM ke lima kampung iaitu Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Pagi, Kampung Gusai dan Kampung Mat Daling.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian
Jerantut, Razak Daud
“Sebanyak 600 pek bantuan mengandungi barangan keperluan asas antaranya beras, tepung gandum, gula, kopi, biskut dan sardin dihantar kepada penduduk kampung terbabit yang terputus hubungan sejak Ahad lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.
GAMBAR HIASAN
Beliau mewakili UMNO Bahagian Jerantut turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Pahang kerana menyalurkan bantuan segera sebaik menerima laporan mengenai masalah dihadapi penduduk kampung terbabit.