TOK PA POSITIF COVID-19
TOK PA POSITIF COVID-19
KOTA BHARU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mustapha Mohamed disahkan positif COVID-19, malam tadi.
Perkara itu diumumkan melalui kenyataan rasmi pejabat beliau hari ini.
Beliau sebelum ini pernah melakukan saringan pada 1 Januari lalu, namun keputusan itu mendapatinya negatif.
Bagaimanapun ujian saringan dilakukan sebaik Mustapha tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur jam 10.30 malam tadi mendapati beliau positif.
Beliau yang juga ahli Parlimen Jeli kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan keadaannya dilaporkan stabil.