100 BEG MAYAT DISEDIAKAN
100 BEG MAYAT DISEDIAKAN
BANTEN: Pasukan Palang Merah Indonesia telah menyediakan beberapa bot di Pantai Tanjung Kait, Kabupaten Tangerang, Banten bagi menunggu pasukan mencari dan menyelamat nahas pesawat Sriwijaya Air yang dipercayai terhempas pada Sabtu, lapor portal berita suarabanten. id.
Lima buah ambulans turut disediakan serta 100 beg mayat di lokasi sama bagi membawa mangsa yang ditemui ke hospital.
GAMBAR IHSAN AP
Pesawat Sriwijaya Air SJ 182 terputus hubungan ketika dalam perjalanan dari Jakarta ke Pontianak sekitar jam 2.47 petang waktu tempatan pada Sabtu.
“Lebih 50 anggota PMI telah dikerah bagi membantu pasukan mencari dan menyelamat. Selain itu sebanyak 100 beg mayat disediakan,” kata Ketua Bahagian Pengurusan Bencana PMI Pusat, Ridwan S Charmab dalam satu kenyataan di Jakarta pada Sabtu.
Pesawat tersebut dilaporkan membawa 59 penumpang termasuk lima kanak-kanak serta seorang bayi.
Operasi mencari dan menyelamat kini sedang giat dilakukan disekitar Pulau Lancang.