TIGA SEKELUARGA HAMPIR LEMAS KERETA HANYUT
TIGA SEKELUARGA HAMPIR LEMAS KERETA HANYUT
TERENGGANU : Tiga sekeluarga nyaris lemas setelah kenderaan yang mereka naiki hanyut terperangkap dalam air banjir di bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Chukai, di sini pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika mangsa yang datang dari Kuantan, Pahang itu menghala ke Mak Lagam.
Menurutnya, apabila sampai di lokasi kejadian, pihaknya mendapati sebuah kereta jenis Ford Ranger 4×4 telah meredah air banjir, walaupun jalan itu telah ditutup kepada semua kenderaan.
Akibat tindakan tersebut menyebabkan kereta mangsa rosak dan tenggelam di dalam air berkenaan.
GAMBAR HIASAN
Terdapat tiga mangsa dalam kenderaan, iaitu seorang lelaki dan dua perempuan yang berusia antara 20 hingga 40 tahun dan kesemuanya berjaya keluar menyelamatkan diri.
Pihak polis dan bomba yang berada di lokasi turut memberikan bantuan kepada mangsa dan mengeluarkan kenderaan mereka lapor HARIAN METRO.
Beliau mengingatkan kepada orang ramai agar mematuhi arahan pihak berkuasa, terutamanya melibatkan laluan yang dinaiki air.