BOEING 737 SRIWIJAYA MEMBAWA 7 KANAK-KANAK DAN 3 BAYI
BOEING 737 SRIWIJAYA MEMBAWA 7 KANAK-KANAK DAN 3 BAYI
JAKARTA: Sebuah jet penerbangan tambang rendah Indonesia yang disyaki terhempas ke laut hanya beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta membawa 62 penumpang dan anak kapal, termasuk 10 anak, kata Menteri Perhubungan Indonesia hari ini, lapor AFP.
“Jumlah penumpang adalah 50 orang bersama 12 anak kapal,” kata Budi Karya Sumadi kepada wartawan, sambil menambah bahawa angka itu termasuk tujuh kanak-kanak dan tiga bayi.
GAMBAR HIASAN
Boeing 737 Sriwijaya Air terputus hubungan dengan kawalan lalu lintas udara kira-kira empat minit selepas berlepas dalam perjalanan ke pulau Borneo.