BATAL RESEPSI ANAK KERANA BANJIR
BATAL RESEPSI ANAK KERANA BANJIR
TEMERLOH : Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah terpaksa membatalkan majlis resepsi perkahwinan anaknya yang dijadualkan esok di Temerloh, akibat banjir.
“Keadaan banjir yang tidak dijangka besar ini, bukan sahaja menyukar tetamu sekitar
Temerloh tetapi juga tetamu dari Kuala Lumpur kerana banjir turut menjejaskan di Lebuhraya Pantai Timur 1 ( LPT 1) dekat Lanchang, ” katanya ketika dihubungi.
Beliau memohon maaf di atas kesulitan tersebut, walaupun telah merancang majlis itu sejak dua bulan lalu.
Abdul Fattah berkata majlis resepsi perkahwinan anak perempuannya, Nurfarhatun Abdul Fattah dan Mohd Fairuz Alias sepatutnya berlangsung esok bertempat di Lot 42408, Kampung Tanjong Bunga, Jalan Belakang, Sekolah Kebangsaan Tanjong Lalang.
Beliau berkata, majlis perkahwinan telah diadakan di Bara Ombak, Putrajaya dan dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Melaka, Tun Ali Rustam; Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Sumber Manusia, Datuk M Saravanan.
Bagaimana katanya beliau bercadang untuk mengadakan satu lagi majlis di kampung asalnya di Dewan Orang Ramai Kampung Lubuk Kulit, Kuala Lipis pada 16 Januari ini jika banjir sudah pulih sepenuhnya.