GABUNGAN MASJID BELI PAM PANCURAN AIR
GABUNGAN MASJID BELI PAM PANCURAN AIR
JERANTUT: Gabungan Masjid Wilayah Jengka menyediakan lima unit pam pancuran air (water jet) untuk tujuan pembersihan pasca banjir kepada mangsa banjir yang memerlukan.
Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, tujuan menyediakan peralatan itu sebagai membantu meringankan beban yang sedia ditanggung oleh mangsa.
“Dengan alat yang disediakan, serba sedikit meringankan mangsa tanpa membeli alat ini dan boleh dipinjam serta boleh diguna secara bergilir-gilir.
“Saya akan menambah alat ini sekiranya ramai yang memerlukannya, hanya kita perlu sama-sama menjaga dan memulangkan semula selepas guna,” katanya semasa penyerahan alat tersebut, pagi ini.
Pengerusi Masjid Jengka Lapan, Ali Malik berkata, bantuan pam pancuran air itu dapat melegakan mangsa dan boleh bakal melakukan pembersihan premis masing-masing dengan mudah dan cepat.
“Ini julung kali bantuan alat seperti ini diterima untuk pembersihan dan amat berfaedah terutama selepas banjir,”katanya.
Turut hadir, Wakil Pengurus Wilayah Jengka, Hafzan Hanis Abd Kadir dan Ketua Pegawai Agama Wilayah Jengka, Faizal Marjani yang menyaksikan penyerahan itu.