DISANGKAKAN MATI RUPANYA TERSEPIT
DISANGKAKAN MATI RUPANYA TERSEPIT
MASJID TANAH : Disangkakan mati ditindih kepala lori. Namun seorang pemandu lori yang ditemui tersepit di bawah lori yang terbalik ternyata masih hidup.
Dalam kejadian jam 11 pagi tadi, mangsa berusia 56 tahun hanya mengalami kecederaan di kaki manakala kelindannya tidak mengalami kecederaan walaupun lori membawa buatan makanan haiwan terbalik di Jalan Ayer Molek menuju Ramuan China Besar di sini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati brek lori itu gagal berfungsi dengan baik sewaktu kenderaan berat itu menghampiri simpang tigaJalan Ayer Molek – Ramuan China Besar berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini.
Katanya, lori itu kemudiannya terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sebatang tiang elektrik sehingga patah.
K! Online melaporkan, Polis segera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dari orang awam. Bagaimanapun mangsa berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba dan penyelamat.
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan. Bagaimanapun punca sebenar kejadian masih disiasat,” katanya.
Video/gambar: Media sosial