BERSATU TIDAK PERLU BERTANDING DI PAHANG
BERSATU TIDAK PERLU BERTANDING DI PAHANG
CAMERON HIGHLANDS: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan tiada keperluan untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bertanding di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen di negeri ini pada PRU15.
Menteri Besar Pahang itu menyatakan pendirian UMNO Pahang selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Cameron Highlands hari ini, dipetik dari saluran YouTube MyKMU NET.
“Di negeri Pahang ada 42 kerusi (DUN), 25 adalah (milik) BN.. jadi apabila kita dalam Perikatan Nasional, ada parti BERSATU.. jadi saya fikir, disebabkan BERSATU tidak ada kerusi di Pahang jadi seharusnya mereka (BERSATU) tidak perlu bertanding di Pahang lah.
“Itu di peringkat (kerusi) ADUN.. begitu juga di Parlimen.. kita ada sembilan (kerusi Parlimen) Barisan Nasional.. lima lagi Perikatan Nasional, termasuk satu Indera Mahkota.. kemudian empat lagi kita dah bincang untuk parti-parti dalam Barisan Nasional.
Wan Rosdy yang juga Ketua Bahagian UMNO Cameron Highlands turut menyampaikan amanat kepada ketiga-tiga kepimpinan sayap UMNO Cameron Highlands.
PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO PAHANG, WAN ROSDY WAN ISMAIL
Dalam ucapannya, beliau mengingatkan kepada perwakilan agar sentiasa bersiap-siaga menghadapi segala kemungkinan pada PRU15.
Beliau turut menyeru agar perwakilan membantu menambahkan bilangan penyertaan keahlian UMNO dan mendaftar sebagai pengundi bagi menghadapi PRU15.