JALAN KUANTAN-SEGAMAT RUNTUH
JALAN KUANTAN-SEGAMAT RUNTUH: DIPERCAYAI PUNCA HUJAN LEBAT
PEKAN: Kejadian tanah runtuh berlaku di Kilometer 63 dan 73, Jalan Kuantan-Segamat ditutup untuk semua kenderaan bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih jalan tersebut dilakukan.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, hujan lebat yang berlaku mengakibat air yang turun dengan deras menyebabkan turut berlaku hakisan tanah di lereng bukit itu yang berlaku jam 10.00 pagi, hari ini.
“Walau bagaimana, kejadian ini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa atau pun kemalangan kenderaan di tempat kejadian dan kerja-kerja baik pulih jalan dan mengalih tanah serta cucian tanah runtuh dilakukan oleh kontraktor terbabit dengan serta-merta.
“Semua pengguna jalan tersebut perlu mengambil jalan altenatif sementara bagi pengguna yang hendak ke Segamat, Pekan atau Kuantan boleh dengan mengguna jalan yang diarahkan oleh pihak polis,” katanya.
Katanya, semua pengguna dari arah Segamat, mengguna jalan lencongan ke Jalan Leban Chondong, Muadzam Shah -Rompin-Nenasi –Pekan dan Kuantan.
Manakala, kenderaan dari arah Gambang dan Kuantan perlu mengguna jalan ke Jalan Pekan- Paloh Hinai- Bandar Pekan-Leban Chondong, Rompin- Muadzam Shah dan Segamat.
Beliau turut menasihati pengguna jalan tersebut sentiasa berwaspada dan sentiasa mengikut tanda dan arahan jalan raya untuk kemudahan semua pihak.