170 VAKSIN COVID-19 DIUJI
Berita Global
170 VAKSIN COVID-19 DIUJI
BALTIMORE: Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sedang memantau perkembangan keberkesanan kira-kira 170 vaksin bagi COVID-19 yang sedang proses ujian.
Perkara itu didedahkan ABC News hasil penilaian data terkini dikeluarkan Pusat untuk Sistem Sains dan Kejuruteraan Universiti Johns Hopkins.
Sekurang-kurangnya enam vaksin dihasilkan sudah memasuki ujian Tahap Tiga atau paling kritikal, untuk membuktikan ia mempunyai tindak balas sepadan dengan keperluan sistem antibodi manusia.
Sehingga kini, COVID-19 sudah mengorbankan 973,000 mangsa dan 31.7 juta penduduk di seluruh dunia dikesan positif di seluruh dunia.