BATALION 11 PGA RAMPAS DADAH
BATALION 11 PGA RAMPAS DADAH: NILAI RAMPASAN LEBIH RM700,000
KUCHING: Dadah jenis syabu seberat 3kg dengan nilai anggaran rm135 ribu dan estacy bernilai anggaran melebihi RM585 ribu berjaya dirampas di Sungai Paoh, Serian oleh sepasukan polis Pasukan Gerakan Am Batalion 11 ekoran penahanan seorang lelaki ketika sepasukan anggota PGA menjalankan rondaan Op Benteng di kawasan tersebut Sabtu lalu.
Sepasukan anggota PGA Batalion 11 yang menjalankan rondaan Op Benteng pada hari tersebut telah melihat sebuah kenderaan yang mencurigakan di jalan tepi Bukit Sungai Paoh, namun setelah menghampiri kenderaan tersebut, tiga orang lelaki bertindak keluar dan melarikan diri ke dalam semak , walaubagaimana pun seorang lelaki berjaya ditahan.
DATUK FISOL SALLEH (TENGAH) MENUNJUKKAN SEBAHAGIAN DADAH DIRAMPAS SABTU LALU DALAM OPERASI BENTENG
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Fisol Salleh, dalam sidang media berkata saspek ditahan dan diserah kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Serian untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Saspek yang juga positif dadah Amphetamines/Methamphetamine turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Hadir sama, Komander Briged Sarawak PGA, Senior Asisten Komisioner Mancha Anak Ata; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Asisten Komisioner Jasmirol Jamaluddin dan Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis.