LAGI PEMIMPIN UMNO POSITIF COVID-19
Berita Nasional/Politik
LAGI PEMIMPIN UMNO POSITIF COVID-19
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan dipercayai dijangkiti COVID-19, setelah pulang daripada berkempen dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah.
“Positif COVID-19… tiada gejala yang jelas melainkan penat sikit.
“Buat keputusan untuk buat ujian semalam di Kuala Lumpur untuk langkah berhati-hati setelah adanya kes ketika saya berkempen di Sabah.
“Baru sahaja diterima panggilan dan akan dimasukkan (ke hospital) hari ini,” katanya di Twitter.
Shahril juga meminta maaf kerana menyebabkan individu lain memiliki kontak dengannya.
Shahril adalah pesakit COVID-19 kedua dari Sabah yang tiba ke Semenanjung setelah berlakunya lonjakan kes di negeri itu sejak bulan lalu.
Kempen bagi PRN Sabah bermula pada 12 September sehingga tengah malam 25 September ini.
Semalam, bank UOB cawangan Kepong terpaksa ditutup bagi kerja pembersihan setelah kakitangannya diuji positif COVID-19.
Kakitangan berkenaan dikatakan melawat Sabah dari 10 hingga 13 September lalu.