INDIA, CHINA SETUJU TAK HANTAR TENTERA TAMBAHAN
Berita Global
INDIA, CHINA SETUJU TAK HANTAR TENTERA TAMBAHAN
NEW DELHI: India dan China sepakat untuk tidak menghantar lebih banyak anggota tentera sebagai usaha mengurangkan ketegangan di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian.
Terdahulu, kedua-dua pihak pada Isnin mengadakan pertemuan peringkat komander tentera untuk membincangkan kaedah mengurangkan ketegangan di sepanjang Garis Kawalan Sebenar (LAC).
Kedua-dua negara turut bersetuju “memperkukuh komunikasi untuk mengatasi prasangka dan salah faham, berhenti menghantar lebih banyak pasukan tentera di barisan hadapan dan mengelak mengambil tindakan secara sepihak,” kata Kementerian Luar India dalam satu kenyataan pada semalam.
Pertikaian sempadan di wilayah Ladakh memuncak selepas pertempuran pada 15 Jun menyaksikan sekurang-kurangnya 20 tentera India terbunuh dan puluhan lagi cedera.
Berikutan itu, kedua-dua pihak mengerahkan ribuan pasukan di kawasan sempadan berkenaan sehingga menimbulkan risiko konflik baharu ketenteraan.
— BERNAMA