RAKYAT IRAQ LUAH RASA MARAH KEPADA TRUMP
WASHINGTON: Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi pengampunan kepada ahli kongres Republikan yang korup dan pengawal keselamatan yang membunuh 14 orang awam dalam tragedi pembunuhan di Baghdad pada 2007, menimbulkan kecaman dan kemarahan pelbagai pihak.
Keputusan eksekutif yang dilakukan Trump itu itu dilihat sebagai membalas sokongan kuat yang diberikan kepadanya.
Rakyat Iraq meluahkan rasa marah dan sedih apabila Trump memberikan pengampunan kepada empat kontraktor keselamatan Blackwater yang disabitkan dengan pembunuhan beramai-ramai di Nisur Square.
Keempat-empat mereka, yang kesemuanya adalah pegawai AS, melepaskan tembakan terhadap orang awam pada 2007 dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 14 terbunuh, namun kerajaan Iraq menyatakan seramai 17 terbunuh, manakala berpuluh lagi cedera sekali gus memberi kesan ke atas hubungan AS-Iraq.
Bagaimanapun pemilik Blackwater, Erik Prince yang kini tidak berfungsi adalah penyokong rapat Trump dan abang kepada setiausaha pendidikan pentadbiran Presiden itu, Betsy DeVos.
“Saya tahu, kita tidak akan mendapat keadilan,” kata Fares Saadi, polis yang mengetuai siasatan itu kepada AFO.
Seorang rakan kepada pelajar perubatan yang terbunuh dalam tragedi itu pula menganggap pengampunan itu adalah keterlaluan tetapi ia tidak mengejutkan.
“Setahu kami, darah kami lebih murah berbanding air dan tuntutan kami terhadap keadilan dan kebertanggungjawaban hanyalah sekadar gangguan,” katanya.
Sementara itu, veteran tentera, Mark Hertling, yang pernah berkhidmat di Iraq pula menganggap pengampunan Blackwater itu sebagai ‘mengerikan dan menjijikan’.
“Ia adalah perang dicipta menyebabkan kematian kepada 17 penduduk Iraq. Sangat memalukan Tuan Presiden,” katanya menerusi Twitter.
Selain itu, Trump juga memberikan pengampunan kepada dua lelaki yang terbabit dalam pilihan raya Russia serta tiga bekas ahli kongres yang digelar ‘tiga ahli kongres paling korup dalam sejarah’.
Kelima-lima mereka menyatakan sokongan kuat kepada Trump.
“Mesej yang diberikan Trump pada malam ini adalah jelas, bagaimana teruknya jenayah yang dilakukan, keadilan tidak berlaku sekiranya anda setia dengannya,” kata ‘Citizens for Responsibility and Ethics in Washington’, lapor AFP disiarkan BH ONLINE.