IKAN BIBIR SEKSI CETUSKAN PERBUALAN LUCU
Perkongsian gambar oleh pemilik facebook dikenali Hanna Farhanna di laman Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official baru-baru ini menjadi perbualan lucu buat netizen.
Hanna Farhanna yang membuat kapsyen ” Bukan masak tak jadi, tetapi termenung tengok bibir ikan ini. Seksi seperti Angelina jolie.”
Hanna menyamakan mulut ikan tersebut seperti pelakon Hollywood yang terkenal dengan keseksian bibirnya itu.
Gambar tersebut mendapat 29,000 tanda suka, 2,000 komen dan 938 perkongsian.
Bieha Brandon berkata,” bengkak bukan main.”
Wisher Gurlz memberi komen,” ikan pun dah pandai botox.”