2 BADAK JAWA RARE DIKESAN
Berita Global
2 BADAK JAWA RARE DIKESAN
JAKARTA: Dua badak Jawa yang paling jarang ditemui dikesan di Taman Negara Indonesia, sekali gus memberi harapan kepada masa depan salah satu mamalia yang hampir pupus dalam dunia.
Pihak berkuasa dalam satu kenyataan hari ini berkata, anak badak iaitu seekor betina dinamakan Helen dan jantan dinamakan Luther dikesan bersama ibunya dalam satu rakaman yang diambil daripada 100 kamera yang dipasang di taman negara Ujung Park antara Mac dan Ogos.
Ujung Kulong yang terletak paling barat di Jawa di wilayah Benten adalah habitat liar terakhir bagi badak Jawa itu.
Selepas populasi surut sejak beberapa tahun kebelakangan, kehadiran anak badak itu menambah jumlah keseluruhan mamalia itu kepada 74 ekor.
Tempat perlindungan itu membabitkan seluas 5,100 hektar, iaitu hutan hujan dan kawasan aliran air tawar yang subur.
Kerajaan Indonesia kini sedang membuat kajian di kawasan lain di seluruh kepulauan Jawa dan Sumatera untuk mengalihkan badak itu daripada bencana Gunung Krakatau, gunung berapi aktif yang terletak tidak jauh daripada taman negara itu.
“Kelahiran itu memberi harapan besar terhadap kesinambungan kehidupan haiwan yang hampir pupus seperti badak Jawa,” kata Wiratno, pegawai kanan di Kementerian Alam Sekitar.
Badak Jawa mempunyai lipatan kulit yang longgar yang memberi pandangan seolah-olah mereka memakai perisai pelindung.
Ia pernah wujud dengan banyak di seluruh Asia Tenggara tetapi dilanda kepupusan akibat pemburuan liar dan pencerobohan habitat oleh manusia.
- AFP