WARGA EMAS DITAHAN
KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menahan seorang warga emas ketika cuba menyeludup masuk dua pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negeri ini.
GAMBAR HIASAN
Komander PGA Sarawak SAC Mancha Ata, berkata lelaki tempatan berusia 65 tahun itu ditahan di sekitar kawasan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu kira-kira jam 11 malam tadi.
“Semasa menjalankan rond keselamatan di sekitar ICQS Tebedu, anggota Batalion 11 PGA Batu Kawa menahan seorang lelaki tempatan yang membawa rondaan4warga Indonesia menggunakan sebuah kereta.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua warga Indonesia terbabit tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan yang dipetik dari BH Online hari ini.
Komander PGA Sarawak SAC Mancha Ata
Katanya kesemua suspek diserahkan kepada Balai Polis Tebedu untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Akta Pemerdagangan Orang dan Penyelududpan Migran (ANTIPSOM) 2007 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002.
Selain itu, Mancha berkata, PGA Briged Sarawak semalam turut menggagalkan cubaan masuk tiga lelaki warga Indonesia menerusi jalan tikus di sempadan Biawak, Lundu.
Katanya, mereka ditahan jam 8.15 pagi dalam Operasi Benteng COVID-19 yang dijalankan di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia itu.
“Pemeriksaan lanjut mendapati ketiga-tiga lelaki itu gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah.
“Ketua serbuan kemudiannya mengarahkan mereka berpatah balik ke Indonesia menggunakan laluan yang sama,” katanya.