33 KES BAHARU DI BENTONG
KES KLUSTER JALAN GENTING
KUANTAN : Dua kes di Mukim Bentong melibatkan hasil saringan Orang Kena Tahan (OKT) dan individu bergejala dikategorikan sebagai jangkitan tempatan menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif di negeri itu meningkat kepada 61 kes.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak berkata, rakyat di negeri ini tidak perlu bimbang ekoran penularan gambar anggota tentera memasang pagar kawat berduri di beberapa lokasi di kawasan peranginan tersebut di laman sosial Facebook semalam.
Katanya, tiga lokasi dikenal pasti mempunyai kes baharu, antaranya di kawasan apartmen iaitu di Amber Court dan Ria.
“Penduduk di kawasan sekitar dan pengunjung tidak perlu bimbang kerana kes tersebut berlaku di kawasan tersebut yang membabitkan penempatan buruh asing, maka pemasangan pagar tersebut sejak beberapa hari lalu untuk menghalang sebarang aktiviti keluar masuk di kawasan terlibat.
“Kes terbaharu di Bentong hari ini sebanyak 31 kes adalah dari Kluster Jalan Genting di Genting Highlands manakala dua kes lagi melibatkan hasil saringan Orang Kena Tahan (OKT) dan individu bergejala,”katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pemantauan perlu dibuat berdasarkan jumlah kes positif Covid-19 yang dicatatkan setiap hari.
“Walaupun kerajaan memberi kelonggaran sekarang dan pergerakan dibenarkan merentasi daerah dan negeri, orang ramai perlu memastikan mereka tidak terdedah kepada kes positif atau risiko dijangkiti Covid-19.
“Memang kita beri kelonggaran, tapi kita juga perlu kawal serta ikut peraturan SOP yang ditentapkan, kita belum menang lagi dan kita juga belum kalah, kita masih dalam peperangan ini,” katanya.