RANGKA HARIMAU PRASEJARAH RM284.7 JUTA
RANGKA HARIMAU PRASEJARAH DIJUAL RM284. 7 JUTA
GENEVA: Rangka seekor harimau prasejarah bertaring panjang (sabre–toothed) dianggarkan berusia hampir 40 juta tahun dijual dengan harga AS$70,000 atau RM284.7 juta.
Rangka haiwan berukuran 120 sentimeter (cm) yang ditemui di sebuah ladang di Amerika Syarikat, tahun lalu, disambar peminat koleksi itu hanya dalam satu minit ketika sesi lelongan yang berlangsung di Geneva, semalam.
Tulang rangka asli haiwan spesies Hoplophoneus, adalah harimau yang sudah pupus dari keluarga Nimravidae dan pernah hidup di Amerika Utara.
Haiwan pemangsa yang pupus seperti itu biasanya dikenali harimau bertaring panjang atau sabre–toothed.
Lelongan sama juga mempertaruhkan gigi Tyrannosaurus Rex pada harga AS$6,000 atau RM24,404 sementara sirip panjang berukuran 85cm daripada mosasaur, reptilia laut yang dijumpai pada zaman Cretaceous dibeli dengan harga hampir AS$8,000 atau RM32,539.98.
Batu pertama organik, Ammonite berusia 75 juta tahun berbentuk bujur berwarna merah dan oren – berukuran 40 lcm dengan lebar 36 lcm bagaimanapun tidak dibida sesiapa.
Perbahasan sering berlaku mengenai nilai keseimbangan dan nilai saintifik barangan terbabit dan nilai mereka di pasaran terbuka.
Sebilangan pakar paleontologi menegaskan rangka dan fosil haiwan atau tumbuhan bukan objek hiasan untuk pengumpul koleksi, tetapi menyaksikan evolusi kehidupan di bumi.
Ia seharusnya dikaji dan kemudian dipamerkan kepada orang ramai di muzium.
Sebelum penjualan, pengumpul dari Switzerland, Yann Cuenin, memberitahu AFP, berkenaan bertaring panjang itu kerangka badannya yang menarik dan bukannya penyelidikan saintifik yang sudah diketahui oleh sains.
“Semuanya adalah untuk muzium, namun saya juga menyukai objek yang hidup bersama kita, untuk pengumpul, koleksi yang hendak dibeli dan dijual, itulah yang menghidupkan budaya,” katanya.