ANGGOTA BOMBA POSITIF COVID-19
ANGGOTA BOMBA POSITIF COVID-19
ALOR SETAR: Seorang anggota Pasukan Bomba Bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak disahkan positif COVID-19.
Keadaan itu menyebabkan 22 anggota menjalani kuarantin di balai sementara menunggu laporan Kementerian Kesihatan (KKM).
GAMBAR HIASAN
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon, berkata, anggota terbabit sudah dimasukkan ke hospital berhampiran selepas ujian saringan pertama mendapati beliau positif COVID-19, memetik laporan BH Online.
Berikutan itu, katanya, semua 39 anggota di BBP Guar Chempedak disaran menjalani ujian saringan COVID-19 dan 16 disahkan negatif.
“Kita belum buat keputusan menutup balai kerana masih menunggu laporan KKM.
“Saya akan mengadakan perbincangan di peringkat jabatan dan setakat ini dua balai iaitu BBP Aman Jaya dan BBP Yan sedia membantu jika berlaku kecemasan di kawasan Guar Chempedak,” katanya.