MB KEDAH PATUT MINTA MAAF
KUALA LUMPUR: Tindakan tegas kerajaan Kedah merobohkan rumah ibadat yang dibina di atas tanah negeri adalah wajar, kata Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Dia yang juga dikenali sebagai Papagomo bagaimanapun menyelar perumpamaan todi daripada Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang digunakan terhadap pemimpin MIC dan DAP.
Azri berkata kenyataan Sanusi itu biadab dan tidak beretika sama sekali.
MENTERI BESAR KEDAH, MUHAMMAD SANUSI MD NOR/FACEBOOK
Dalam kenyataan itu, menteri besar Kedah menegur, termasuk kepada MIC dan DAP supaya jangan sampai mereka bergaduh pada masa depan hanya kerana mabuk todi populariti dan mahu menunjuk jaguh kaum pada masa sekarang.
Sanusi juga menyindir, senior politician (ahli politik kanan) seperti mereka itu janganlah minum hanya sebotol, mabuknya dua tiga botol.”
Pemimpin MIC mengatakan komen Sanusi itu menjengkelkan dan menteri besar itu tidak sensitif.
Menurut Azri pula, Sanusi patut malu dengan kenyataan yang dibuat kerana ini bukan sahaja mengambarkan sikap angkuh kerajaan negeri malah mengambarkan seorang pemimpin Melayu Islam yang begitu celupar mulut membuat hinaan kepada kaum India.
“Saya harap menteri besar Kedah dapat membuat permohonan maaf kepada seluruh masyarakat India di atas percakapaannya yang jelas melemparkan penghinaan kepada masyarakat India Malaysia,” katanya pada satu kenyataan disiarkan Malaysiakini.