BERGADUH REBUT PELANGGAN
POLIS TAHAN 40 INDIVIDU UNTUK BANTU SIASATAN
KUALA LUMPUR: Polis menahan 40 individu selepas dipercayai terbabit dalam kejadian pergaduhan antara dua kumpulan di hadapan Plaza Low Yatt, Bukit Bintang petang tadi.
Pergaduhan membabitkan dua kumpulan itu dipercayai berpunca daripada perebutan pelanggan.
GAMBAR HIASAN
Menurut sumber, kejadian tidak membabitkan pergaduhan antara kaum.
Sebaliknya, ia berpunca daripada perasaan tidak puas hati sekumpulan lelaki kerana pelanggan mereka diambil peniaga lain.
Bagaimanapun, punca sebenar pergaduhan itu masih dalam siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
“Setakat ini, siasatan masih dijalankan dan kenyataan media berhubung perkara itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya dipetik dari Malaysiapost.
Terdahulu, viral di media sosial dua video yang menunjukkan sekumpulan lelaki sedang bergaduh di hadapan Plaza Low Yatt.