IKAN LAUT PEKASAM PEMBUKA SELERA
Pembaca SAHIH, Norliza Musa dari FELDA Bukit Kuantan, Pahang berkongsi ikan laut pekasam hasil tangannya.
Ikan laut pekasam ini sangat enak digoreng bersama bawang dan cili padi.
Lebih menyelerakan apabila dimakan bersama nasi panas dan kuah kesukaan masing-masing.
Cara menyediakannya tidak rumit kerana menggunakan bahan mentah yang senang dicari.
Namun yang penting, aspek kebersihan sangat ditekankan supaya ikan tidak berbau hanyir selain tahan lebih lama.
Selain itu, Norliza turut mengusahakan daging jeruk lemon dan daging salai.