GANGGUAN APLIKASI MAYBANK2U
KUALA LUMPUR: Biarpun laman web dan aplikasi Maybank2u sedang menghadapi masalah untuk diakses, namun aplikasi MAE boleh beroperasi seperti biasa.
Maybank dalam laman sosialnya menjelaskan, pengguna boleh log masuk ke dalam aplikasi MAE menggunakan ID pengguna dan kata laluan Maybank2u sedia ada untuk melakukan transaksi perbankan dalam aplikasi Maybank2u seperti pemindahan wang serta pembayaran bil.
“Pihak kami memohon maaf di atas sebarang masalah yang timbul dan berterima kasih di atas kesabaran anda ketika kami menyelesaikan isu ini secepat mungkin,” katanya.