PERTEMBUNGAN BUKU DENGAN RUAS
MUHYIDDIN PERLU BUAT KEPUTUSAN SEGERA
KUALA LUMPUR: Jika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih kekal berkeras menolak pengeluaran one–off RM10,000 dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tunggulah Pilihan Raya Umum nanti.
Itu peringatan diberikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi dilaporkan Malaysiapost.
DATUK Dr Mohd Puad Zarkashi
Beliau berkata, perbahasan Belanjawan 2021 hanya tinggal tiga hari lagi sebelum undian sama ada ia diluluskan atau tidak di Parlimen.
Namun, menurutnya, Muhyiddin masih berkeras.
“Dia tidak takut dengan sokongan bersyarat parti lawan apatah lagi UMNO.
“Dia juga tidak takut pada (Datuk Seri) Najib (Razak), (Tun Dr) Mahathir (Mohamad), (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan (Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi). Itu semua kacang pada dia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata, Tengku Razaleigh Hamzah sudah putus tidak mahu bahas Belanjawan 2021 ia bermakna Perikatan Nasional (PN) sudah hilang satu undi.
Gambar Hiasan
Mohd Puad mendakwa, Muhyiddin tidak takut pada mana-mana kumpulan.
“Tetapi dia akan bertembung dengan satu kumpulan di PRU ke-15 nanti.. Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
“Kumpulan ini ada 7.6 juta ahli aktif. Ahli UMNO cuma 3.5 juta sahaja.
“Ini pertembungan buku dengan ruas. Jangan perlekehkan kuasa kumpulan KWSP ini. Kumpulan ini boleh merotan,” katanya.