ASYRAF WAJDI SANGKAL ANNUAR MUSA
PAS BUKAN BERI KATA DUA ENGGAN KERJASAMA TANPA BERSATU
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan dakwaan Setiausaha Agung BN, Annuar Musa bahawa PAS bertegas supaya UMNO mesti turut menjadi rakan sekutu dengan BERSATU sebagai tidak tepat.
Gambar Hiasan
“(Kerana) keputusan Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional Rabu lepas bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan PAS sebagai dua parti teras mewakili bumiputera, Melayu, Islam.
“Tidak timbul langsung soal PAS beri kata dua tidak mahu kerjasama dengan UMNO tanpa BERSATU,” jelas Asyraf pada hantaran di media sosial malam tadi yang disiarkan Malaysiakini.
Terdahulu, Annuar memaklumkan UMNO tidak lagi ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama PAS sebagai sekutu, seperti rancangan awalnya dahulu.